BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 5 - 10 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?

Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu awal pagi atau malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari.
Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA IBU TIADA SUSU ATAU TIDAK MENYUSUKAN ANAK?
Secara semulajadinya ibu akan menyusukan anak, namun ada kes yang ibu arnab tidak mahu menyusukan anak mungkin atas faktor-faktor tertentu seperti terlalu diganggu, kekurangan zat di dalam pemakanan semasa bunting (ibu arnab disarankan diberi makan makanan yg berprotein tinggi seperti alfafa hay atau rolled oat sepanjang tempoh bunting dan tempoh menyusu).

Sekiranya hal ini berlaku anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir.
Anak yang ingin ditumpangkan perlulah diusap pada badan si ibu menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat. Jabatan Veterinar menyarankan menyapu apa-apa wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak angkat tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama.
Susu awalan adalah amat penting untuk ketahan badan anak arnab. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 6-8 minggu.
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan (disyorkan oleh Jabatan Veterinar utk baka pedaging).
Untuk baka arnab hiasan amalan biasa adalah sehingga usia 2 bulan dan ada juga breeder yang memisahkan anak dan ibu pada usia 6 minggu iaitu 1.5 bulan.
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
Gambar jantina arnab boleh merujuk pada posting yang lepas. Click Sini
Sumber Rujukan : Jabatan Perkhidmatan Veterinar
kalau mmg jantan betine dalam satu sangkar sejak mereka lahir??camne nk tau si betine tu bunting? adakah die akan bergado ngan si jantan?
ReplyDeletenormally kalau sejak lahir duk bersama..sukar bunting... kalau bunting mmg betina akan serang jantan kerana minta supaya jgn diganggu... x elok campur sama setelah mereka matang boleh ancam kesihatan dan kesuburan...seeloknye asingkan setelah usia 4 bulan...
Deleteoh ok..thanks!
DeleteAssalamualaikum tuan, sya bru beli sepasang arnab betina dan jantan.. Bolehkan sya sekali kan pasangan arnab tu.. Atau di galakn untk d asingkn.. Dan 1 tahun arnab beranak berapa kali yaa.. Mohon bantuan tuan/puan.. Terima kasih.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau ibu arnab tidak mahu menyusukan anknya cmne?? selain dari ambil ibu angkat??
ReplyDeletearnab besar mana bolh pegang..arnab saya dh lahir kn anak 2minggu tapi saya nk oegang takut mati ank dia so nolh pegang ke x
ReplyDeletearnab besar mana bolh pegang..arnab saya dh lahir kn anak 2minggu tapi saya nk oegang takut mati ank dia so nolh pegang ke x
ReplyDeleteBoleh ja pegang..x dak masalh
DeleteOk
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemcm nk tahu anak arnab tu mati ke hidup
ReplyDeleteArnab betina tak mahu mengawan.??..
ReplyDeleteArnab betina tak mahu mengawan.??..
ReplyDeleteassalamulaikum.berapa kalikah arnab betina boleh melahirkan anak?
ReplyDeleteMcm mana pula kalau si berina yang panjat si jantan? 🤔 Adakah itu persenyawaan yang bagus? Please jawab ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteMacam mana nak tahu Arnab dah selesai beranak? Anak keluar sekor saja.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, sya bru beli sepasang arnab betina dan jantan.. Bolehkan sya sekali kan pasangan arnab tu.. Atau di galakn untk d asingkn.. Dan 1 tahun arnab beranak berapa kali yaa.. Mohon bantuan tuan/puan.. Terima kasih.
ReplyDelete