Thursday, 19 April 2012

Baka Arnab Yg Jarang Diketahui

Terdapat lebih 47 baka arnab yang diiktiraf oleh Persatuan Pembiak Baka Arnab Amerika Syarikat (ARBA), tetapi terdapat banyak lagi baka arnab di serata dunia. Ada antaranya aku sendiri pon tak pernah tahu.

Hasil bantuan Wikipedia disenaraikan beberapa baka untuk pengetahuan umum.

Arnab Gunung Berapi

 Arnab Gunung Berapi, juga dikenali sebagai teporingo atau zacatuche (Romerolagus diazi) ialah sejenis arnab kecil yang hidup di pergunungan Mexico. Ia merupakan spesies arnab kedua terkecil di dunia, mengekori Arnab Dwaft. Arnab ini mempunyai telinga kecil yang kebulatan, kaki yang pendek, dan bulu yang pendek dan nipis. Arnab Gunung Berapi tinggal secara berkelompok dua hingga lima ekor dalam sarang bawah tanah. Berbeza dengan kebanyakan spesis arnab, Arnab Gunung Berapi tidak berdebap-debap atas tanah, sebaliknya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk memberikan amaran bahaya kepada arnab yang lain. Ia merupakan haiwan nokturnal yang cukup aktif mulai waktu senja hingga subuh. Berat Arnab Gunung Berapi sekitar 390–600 gram (14–21 oz). Pada tahun 1969, terdapat 1000 hingga 1200 ekor yang hidup secara liar.

Bacaan lanjut. Click Sini

Arnab Amami atau Arnab Ryukyu

Arnab Amami atau Arnab Ryukyu (Pentalagus furnessi) merupakan sejenis arnab primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai di Amami Ōshima dan Toku-no-Shima, dua pulau kecil di antara Kyūshū selatan dan Okinawa di Wilayah Kagoshima (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) di Jepun. Arnab Amami yang diperkatakan sebagai fosil hidup ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.

Arnab Amami mempunyai kaki yang pendek, tubuh yang agak besar, kuku yang besar dan melengkung, dan aktif pada waktu malam. Telinganya juga lebih kecil daripada jenis arnab yang lain. Arnab yang tinggal dalam hutan ini nampaknya melahirkan satu atau dua ekor anak sekali; si ibu menggali lubang dalam tanah untuk melindungi anaknya pada waktu siang. Pada waktu malam, si ibu membuka laluan masuk lubang, sambil berjaga-jaga akan pemangsa (seperti ular berbisa), kemudian menyusui anak-anaknya, selepas itu menutup lubangnya dengan menumbuk tanah dan bahan tumbuhan di atas lubang dengan kaki depannya. Arnab Amami tidur pada waktu siang di tempat yang tersembunyi, seperti gua. Arnab Amami juga terkenal kerana bunyi suaranya yang sekuat suara pika; cuma ada satu lagi daripada 50 spesies arnab yang boleh berbunyi sedemikian.


Arnab Bushman atau Arnab Sungai

 Arnab Bushman (Bunolagus monticularis) atau arnab sungai (Riverine Rabbit) merupakan salah satu spesies mamalia yang paling jarang dan paling terancam di dunia, dengan jumlahnya mungkin tidak lebih 200 ekor sahaja. Arnab ini sangat terhad kawasan taburannya, kerana ia hanya ditemui di kawasan tengah dan selatan Gurun Karoo di Wilayah Tanjung, Afrika Selatan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Bunolagus

Arnab Bushman biasanya ada sebatang jalur hitam yang menganjur dari sudut mulut merentangi pipi. Ekornya berbulu lebat dan berwarna perang muda (dengan sedikit hitam pada hujungnya), perut dan lehernya berwarna krim, dan kaki belakangnya lebar bagai belantan. Ia merupakan spesies yang berjaga pada waktu malam. Arnab sungai menjamu selera dengan makanan kegemarannya, iaitu pokok rimbun boegoe pada waktu malam, dan tidur dalam sarang pada waktu siang. Sarang arnab ini merupakan geseran cetek pada tanih di bawah pokok rimbun. Arnab ini mengumuhkan dua jenis tahi. Pada waktu malam, apabila arnab menjadi aktif, ia mengeluarkan bijian keras. Pada waktu siang, tahinya menjadi lembut, diambil terus dari dubur lalu ditelan. Beginilah arnab Bushman memperoleh vitamin B yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus belakang, serta zat-zat galian seperti kalsium dan fosforus jadi dikitar semula.

Arnab Belang Sumatera

 Arnab Belang Sumatera (Nesolagus netscheri), atau Kelinci Sumatra, ialah sejenis arnab yang hanya ditemui di Pergunungan Barisan di Sumatera barat, Indonesia. Ia terancam akibat kehilangan habitat, sehingga IUCN menyenaraikannya sebagai spesies terjejas.

Arnab Belang Sumatera biasa membesar hingga sekitar 40 cm (1' 4") panjangnya. Bulunya kelabu berbelang perang, dengan ekor dan pinggulnya yang merah, dan bahagian bawah yang putih. Ia tinggal di hutan yang beraltitud 600-1400 meter. Arnab ini merupakan haiwan berjaga malam yang gemar berehat dalam sarang haiwan lain. Ia biasanya memakan batang dan daun tumbuhan lapis bawah, tetapi arnab yang terkurung pula memakan bijian dan buah-buahan tropika.

Setelah dijumpai pada tahun 1972, Arnab Belang Sumatra tidak dilaporkan lagi sehingga seekor arnab ini ditangkap gambar pada tahun 2000.[1] Semenjak itu, terdapat tiga laporan tentang spesies ini, kesemuanya dari Taman Negara Bukit Barisan Selatan: Pada Januari 2007, seekor ditangkap gambarnya dengan perangkap kamera pada September 2008, seekor lagi ditangkap oleh seorang saintis WWF dan pada Jun 2009, seekor lagi diperhatikan.

Arnab Belang Annam

 Arnab Belang Annam (Nesolagus timminsi) ialah satu spesies arnab yang berasal di banjarang gunung Annam di sempadan Laos-Vietnam. Arnab ini berbelang, berpinggul merah, dan menyerupai Arnab Belang Sumatera.





Arnab Kerdil
 
Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnab Amerika Utara, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan satu-satunya ahli genus Brachylagus.

Walaupun disenaraikan sebagai spesies terancam di Lembangan Columbia di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.


Arnab Paya

Arnab Paya (Sylvilagus aquaticus) ialah sejenis arnab bulu kapas besar yang ditemui di kawasan paya dan tanah lembap di Amerika Syarikat Selatan.






Terdapat banyak lagi baka-baka arnab yang jarang ditemui dan hampir pupus. Bacaan lanjut silalah Click Sini


No comments:

Post a Comment