Friday 10 May 2013

Kelahiran Mar 2013

Kesibukan dengan tugas hakiki menghalang aku daripada mencoret 2,3 patah perkataan di sini. Setelah 8 bulan tanpa kelahiran di balcony rumah aku... usaha terakhir di ambil adalah menghadiahkan sebuah kipas KDK untuk arnab2 ku....

Mungkin ekoran kondisi semasa yang panas ekoran pemanasan global sedikit sebanyak menganggu gugat proses persenyawaan mereka. Usaha dilihat berhasil apabila kesemua 4 ekor doe bunting tetapi hanya kelahiran daripada 2 doe sahaja yang selamat membesar. 2 doe lagi gagal.
L&R Shady beranak 20 Mar 2013
Camelot's Kungpow beranak 21 Mar 2013

Anak-anak yang membesar
Merehatkan Camelot's Kungpow dengan menyerahkan hak jagaan 4 ekor anak kepada L&R Shady. Shady seekor ibu yang sangat bagus.