Tuesday 24 April 2012

Arnab Lionhead

Talisien's Lionheads
Lionhead arnab adalah salah satu baka arnab domestik di Amerika Syarikat yang boleh dianggap masih baru, dan kini sedang menjalani proses penilaian oleh Persatuan Penternak Arnab Amerika (ARBA). Arnab Lionhead mempunyai bulu panjang di sekitar muka, sepertimana singa jantan dan dari situlah ia dikenali sebagai Lionhead.Ciri lain yang Lionhead termasuk kepala separa bulat dan saiz yang kecil, biasanya antara 2.5 dan 3.5 pound. Ia juga cenderung untuk mempunyai telinga yang pendek dan tebal jika dibandingkan dengan baka yang paling.

Swiss Fox
Arnab Lionhead dikatakan berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah dihasilkan oleh penternak yang cuba membiakkan arnab kerdil berbulu panjang iaitu antara Swiss Fox dan Belgium Dwaft.

Lionhead mempunyai badan yang kecil, dan kepala yang tebal, walaupun tidak berapa bulat dari segala penjuru, dengan sedikit muncung. Kaki mereka adalah sederhana panjang dan tulang mereka juga sederhana (medium bone). Telinga tidak melebihi 3.5 incipanjang. Bulu sekeliling tengkuk (mane) sekurang-kurangnya 2 inci panjang dan membentuk satu bulatan penuh di sekeliling kepala, meluaskan 'V' di belakang leher. Ia boleh jatuh ke pinggir antara telinga, mewujudkan "tukup bulu". Lionheads mungkin mempunyai bulu yang lebih panjang di sekeliling kaki belakang. Sesetengah Lionheads mempunyai bulu yang lebih panjang pada pipi dan dada.

Baka telah diiktiraf sejak 2002 oleh Majlis Arnab British United Kingdom (United Kingdom's British Rabbit Council). Pada masa ini, ia adalah di dalam status "Certificate of Development" dengan American Rabbit Breeders 'Association (ARBA).

Biasanya, mane arnab jenis Lionhead adalah tebal, Kusut, dan lembut. Bergantung kepada set genetik yang didapati, iaitu:

Single Mane (1 Mane Gen)
Barbi Brown's Bunnies
Arnab lionhead single mane mempunyai bulu lebat yang berada di sekeliling kepala, telinga, dagu dan kadang-kadang di atas dada. Jenis gen (genotype) bagi single mane ialah "Mm". Biasanya bulu mereka akan berkurangan bila mana usia semakin dewasa.

 




Double Mane (2 Mane Gen)
PBR's Build a Bear

Arnab lionhead double mane mempunyai bulu dikeseluruhan keliling kepala, dan ada yang mempunyai "bulu peralihan" di sekitar hindquarters, ekor dan paha "skirt", yang dianggap tidak diingini bagi tujuan Show, tetapi bukan ekor.Genotype bagi double mane ialah "MM".

 





 
No Mane (0 Mane Gen)
Seperti namanya, tiada mane. Mereka kelihatan seperti arnab biasa. Genotype untuk no mane ialah "mm". Biasanya tidak disimpan untuk pembiakan.




Bacaan lain berkenaan - Click Sini

Thursday 19 April 2012

Baka Arnab Yg Jarang Diketahui

Terdapat lebih 47 baka arnab yang diiktiraf oleh Persatuan Pembiak Baka Arnab Amerika Syarikat (ARBA), tetapi terdapat banyak lagi baka arnab di serata dunia. Ada antaranya aku sendiri pon tak pernah tahu.

Hasil bantuan Wikipedia disenaraikan beberapa baka untuk pengetahuan umum.

Arnab Gunung Berapi

 Arnab Gunung Berapi, juga dikenali sebagai teporingo atau zacatuche (Romerolagus diazi) ialah sejenis arnab kecil yang hidup di pergunungan Mexico. Ia merupakan spesies arnab kedua terkecil di dunia, mengekori Arnab Dwaft. Arnab ini mempunyai telinga kecil yang kebulatan, kaki yang pendek, dan bulu yang pendek dan nipis. Arnab Gunung Berapi tinggal secara berkelompok dua hingga lima ekor dalam sarang bawah tanah. Berbeza dengan kebanyakan spesis arnab, Arnab Gunung Berapi tidak berdebap-debap atas tanah, sebaliknya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk memberikan amaran bahaya kepada arnab yang lain. Ia merupakan haiwan nokturnal yang cukup aktif mulai waktu senja hingga subuh. Berat Arnab Gunung Berapi sekitar 390–600 gram (14–21 oz). Pada tahun 1969, terdapat 1000 hingga 1200 ekor yang hidup secara liar.

Bacaan lanjut. Click Sini

Arnab Amami atau Arnab Ryukyu

Arnab Amami atau Arnab Ryukyu (Pentalagus furnessi) merupakan sejenis arnab primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai di Amami Ōshima dan Toku-no-Shima, dua pulau kecil di antara Kyūshū selatan dan Okinawa di Wilayah Kagoshima (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) di Jepun. Arnab Amami yang diperkatakan sebagai fosil hidup ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.

Arnab Amami mempunyai kaki yang pendek, tubuh yang agak besar, kuku yang besar dan melengkung, dan aktif pada waktu malam. Telinganya juga lebih kecil daripada jenis arnab yang lain. Arnab yang tinggal dalam hutan ini nampaknya melahirkan satu atau dua ekor anak sekali; si ibu menggali lubang dalam tanah untuk melindungi anaknya pada waktu siang. Pada waktu malam, si ibu membuka laluan masuk lubang, sambil berjaga-jaga akan pemangsa (seperti ular berbisa), kemudian menyusui anak-anaknya, selepas itu menutup lubangnya dengan menumbuk tanah dan bahan tumbuhan di atas lubang dengan kaki depannya. Arnab Amami tidur pada waktu siang di tempat yang tersembunyi, seperti gua. Arnab Amami juga terkenal kerana bunyi suaranya yang sekuat suara pika; cuma ada satu lagi daripada 50 spesies arnab yang boleh berbunyi sedemikian.


Arnab Bushman atau Arnab Sungai

 Arnab Bushman (Bunolagus monticularis) atau arnab sungai (Riverine Rabbit) merupakan salah satu spesies mamalia yang paling jarang dan paling terancam di dunia, dengan jumlahnya mungkin tidak lebih 200 ekor sahaja. Arnab ini sangat terhad kawasan taburannya, kerana ia hanya ditemui di kawasan tengah dan selatan Gurun Karoo di Wilayah Tanjung, Afrika Selatan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Bunolagus

Arnab Bushman biasanya ada sebatang jalur hitam yang menganjur dari sudut mulut merentangi pipi. Ekornya berbulu lebat dan berwarna perang muda (dengan sedikit hitam pada hujungnya), perut dan lehernya berwarna krim, dan kaki belakangnya lebar bagai belantan. Ia merupakan spesies yang berjaga pada waktu malam. Arnab sungai menjamu selera dengan makanan kegemarannya, iaitu pokok rimbun boegoe pada waktu malam, dan tidur dalam sarang pada waktu siang. Sarang arnab ini merupakan geseran cetek pada tanih di bawah pokok rimbun. Arnab ini mengumuhkan dua jenis tahi. Pada waktu malam, apabila arnab menjadi aktif, ia mengeluarkan bijian keras. Pada waktu siang, tahinya menjadi lembut, diambil terus dari dubur lalu ditelan. Beginilah arnab Bushman memperoleh vitamin B yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus belakang, serta zat-zat galian seperti kalsium dan fosforus jadi dikitar semula.

Arnab Belang Sumatera

 Arnab Belang Sumatera (Nesolagus netscheri), atau Kelinci Sumatra, ialah sejenis arnab yang hanya ditemui di Pergunungan Barisan di Sumatera barat, Indonesia. Ia terancam akibat kehilangan habitat, sehingga IUCN menyenaraikannya sebagai spesies terjejas.

Arnab Belang Sumatera biasa membesar hingga sekitar 40 cm (1' 4") panjangnya. Bulunya kelabu berbelang perang, dengan ekor dan pinggulnya yang merah, dan bahagian bawah yang putih. Ia tinggal di hutan yang beraltitud 600-1400 meter. Arnab ini merupakan haiwan berjaga malam yang gemar berehat dalam sarang haiwan lain. Ia biasanya memakan batang dan daun tumbuhan lapis bawah, tetapi arnab yang terkurung pula memakan bijian dan buah-buahan tropika.

Setelah dijumpai pada tahun 1972, Arnab Belang Sumatra tidak dilaporkan lagi sehingga seekor arnab ini ditangkap gambar pada tahun 2000.[1] Semenjak itu, terdapat tiga laporan tentang spesies ini, kesemuanya dari Taman Negara Bukit Barisan Selatan: Pada Januari 2007, seekor ditangkap gambarnya dengan perangkap kamera pada September 2008, seekor lagi ditangkap oleh seorang saintis WWF dan pada Jun 2009, seekor lagi diperhatikan.

Arnab Belang Annam

 Arnab Belang Annam (Nesolagus timminsi) ialah satu spesies arnab yang berasal di banjarang gunung Annam di sempadan Laos-Vietnam. Arnab ini berbelang, berpinggul merah, dan menyerupai Arnab Belang Sumatera.





Arnab Kerdil
 
Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnab Amerika Utara, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan satu-satunya ahli genus Brachylagus.

Walaupun disenaraikan sebagai spesies terancam di Lembangan Columbia di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.


Arnab Paya

Arnab Paya (Sylvilagus aquaticus) ialah sejenis arnab bulu kapas besar yang ditemui di kawasan paya dan tanah lembap di Amerika Syarikat Selatan.






Terdapat banyak lagi baka-baka arnab yang jarang ditemui dan hampir pupus. Bacaan lanjut silalah Click Sini


Wednesday 18 April 2012

Inovasi Terbaru - SmartCage 4.0

Alhamdulillah... 18 April 2012 setelah 2-3 bulan aku mencari jalan dan cara terbaik, buat masa ni aku berjaya menyiapkan seunit yg aku namakan SmartCage 4.0. Cage dengan sistem lapik dan saluran najis mudah urus. 1st unit ini aku buatkan untuk tempahan Sek. Keb Yacoob Latif Kuala Lumpur untuk projek Pendidikan Khas mereka. Aku harap dgn penghasilan ini akan dapat membantu peminat-peminat arnab untuk mempermudahkan pengurusan haiwan kesayangan.

Ramai orang terkejut bila aku katakan aku ada bela banyak arnab walaupon tinggal di rumah apartment tingkat 3. Sebenarnya tiada apa-apa halangan pon untuk membela dimana jua anda berada. Hasil daripada menghadapi masalah harian di dalam pengurusan arnab-arnab itu lah idea2 seperti Pee Guard dan SmartCage ini terhasil.

Ape yang lebihnya SmartCage ni???

1. Struktur aluminium sepenuhnya yang pastinya TIDAK BERKARAT
2. Lapik condong dengan saluran memudahkan urusan pembersihan
3. Air kencing arnab dapat dialirkan terus ke kumbahan seterusnya mengelakan drp bertakung bersama najis arnab
4. Mengurangkan tahap bau reban arnab pada tahap yg paling minima
5. Reban bersih, arnab sihat dan seterusnya tuan arnab gumbiraaaa... :)
6. Penjimatan ruang, ini penting bagi orang spt aku yg membela renab di ruangan yg terhad

Jika ada yang berminat untuk dapatkannya bolehlah menghubungi aku.

Jom kita ushar skit itu SmartCage 4.0.
Lakaran Awal dgn bantuan Rizal Aminuddin

Hadapan
Lapik drp bahan Polycarbonate
Saluran PVC petak 4'' x 2''
Atas
Sistem Lapik & Saluran

Monday 16 April 2012

Soalan Lazim Pembiakan Arnab

BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?

Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

Masa mengawan antara 5 - 10 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.

Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.


BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
 
 
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?

Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.


BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.

Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.


BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ? 

Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.

Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.


BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini  dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.









BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

 
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu awal pagi atau malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari.

Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.


APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA IBU TIADA SUSU ATAU TIDAK MENYUSUKAN ANAK?

Secara semulajadinya ibu akan menyusukan anak, namun ada kes yang ibu arnab tidak mahu menyusukan anak mungkin atas faktor-faktor tertentu seperti terlalu diganggu, kekurangan zat di dalam pemakanan semasa bunting (ibu arnab disarankan diberi makan makanan yg berprotein tinggi seperti alfafa hay atau rolled oat sepanjang tempoh bunting dan tempoh menyusu).

Sekiranya hal ini berlaku anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir.

Anak yang ingin ditumpangkan perlulah diusap pada badan si ibu menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat. Jabatan Veterinar menyarankan menyapu apa-apa wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak angkat tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama.

Susu awalan adalah amat penting untuk ketahan badan anak arnab. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 6-8 minggu.

 
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?


Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan (disyorkan oleh Jabatan Veterinar utk baka pedaging).

Untuk baka arnab hiasan amalan biasa adalah sehingga usia 2 bulan dan ada juga breeder yang memisahkan anak dan ibu pada usia 6 minggu iaitu 1.5 bulan.


BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?


Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

Gambar jantina arnab boleh merujuk pada posting yang lepas. Click Sini


Sumber Rujukan : Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Tuesday 10 April 2012

Split Penis

Penafian: Jika perkataan "penis" / "zakar" membuatkan anda kurang selesa, ianya hanyalah tujuan pendidikan. Ia akan muncul beberapa kali di dalam halaman ini, dan anda akan melihat gambar-gambar zakar arnab.

Arnab Jantan dengan keadaan yang dikenali sebagai split penis (keabnormalan yang disebabkan oleh penutupan batang zakar yang tidak lengkap)


http://www.barbibrownsbunnies.com
  "There are problems in every line, in every breed, in every country in the world. Admitting the problems and willingness to talk about them is the first step in educating other people and finding cures." - Kristen, Keep's Rabbitry

http://www.barbibrownsbunnies.com

Menurut pembacaan saya, split penis ini tidak semestinya berpecah bermula daripada atas hingga bawah, ada juga yang hanya berpecah di bahagian tengah seolah-olah satu hirisan. Penerangan Cris Zemny pada Arba Show 2012 kat Petaling Jaya tempoh hari, jantan dengan split penis masih boleh menghasilkan zuriat tetapi mungkin pada kadar yg rendah & ada sebahagiannya mempunyai masalah untuk breed kerana keadaan split itu akan menyebabkan zakar arnab itu tidak dapat extend sepenuhnya dan menyukarkan proses mengawan.

Menurutnya lagi, ia adalah MASALAH GENETIK dan menasihatkan secara peribadi CULL atau sembelih sahaja. Tiada guna membiakkan arnab yang mempunyai masalah genetik. Keadaan ini menyebabkan arnab anda DITOLAK untuk Show (DQ'd for splits).

Split Penis
http://keepsrabbitry.blogspot.com

Jadi apakah tanda-tanda yang mungkin arnab-arnab kita ada masalah ini?
  1. Kekeliruan Jantina melebihi tempoh tertentu. Jika arnab anda pada usia 4 bulan masih lagi tidak tahu akan jantinanya, periksa dengan lebih teliti.
  2. Masalah pembiakan
  3. Masalah untuk memanjangkan zakarnya / zakar bengkok
  4. Zakar terbelah (split)


Rujukan :
1. http://keepsrabbitry.blogspot.com
2. http://www.barbibrownsbunnies.com