Monday 30 December 2013

Selamat Tinggal 2013

Mencoret sesuatu untuk hari terakhir di tahun 2013. Cukup laju masa berlalu, 2013 melabuhkan tirai dengan pelbagai perkara, pelbagai kisah suka dan duka. Begitu jugalah di Balcony Bunny, 2013 yang penuh dengan cerita. 2014 bakal menjadi tahun permulaan buat projek Dutch setelah kesemua induk import dari US telah mula menyesuaikan diri di Malaysia.

Raisya bersama dengan Briony's Satria Hitam

Trio daripada Briony Barnes untuk projek Black & Blue color dan sepasang daripada Kandyland untuk projek Steel color.

Kandyland's Drake & Kandyland Purdy
Sepanjang tahun 2013 ini juga, keseriusan aku dengan dunia pengarnaban ni makin terserlah. Usaha bersama kengkawan berjaya mewujudkan Persatuan Pencinta Arnab Selangor yang aktif melampau untuk tahun 2013 sehingga berjaya menganjurkan ARBA Rabbit Show sebanyak 3 kali dan diri selaku Setiausaha persatuan secara tidak langsung memfemeskan diri ke tahap maksima. Anjuran 2nd UM ARBA Rabbit Show 2013 pada September lalu mendapat liputan media yang luas. Banyak pula terpampang wajah ini di media arus perdana. Hahaha

Kemunculan di RTM- Berita Wilayah
Kemunculan di TV3 - Malaysia Hari Ini (MHI)

Selain itu, liputan di Kosmo, Sinar Harian, NST, Majalah JINAK dan Harian Metro.

Cukuplah untuk tahun 2013! Kini aku merancang sesuatu untuk tahun 2014. Semoga terlaksana. Insha-Allah


No comments:

Post a Comment