Monday 30 December 2013

Malacca International Rabbit Show 2013

Penutup untuk tahun 2013, sekali lagi sesuatu usaha yang aku sumbangkan bersama rakan-rakan yang lain.


Penganjuran kali ini yang agak sukar dengan pelbagai cabaran tetapi Alhamdulillah berjaya juga dilaksanakan. Aku tidak ketinggalan dalam usaha memperkenalkan dan menfemeskan arnab baka Dutch dipersada dunia pengarnaban Malaysia.

Kandyland's Drake & Purdy wakil Balcony Bunny berentap di arena Show
Komen yang amat memberangsangkan terhadap mereka berdua ini, tetapi mereka tidak cukup bagus untuk merebut tempat teratas. Gerimy arnab Netherland Dwarf milik Zubaidi Hashim (DD Rabbitry) dinobatkan Best in Show dan Trek arnab Holland Lop milik Beh Aik Kang / Yo Hui Ling (Beh&Yo Rabbitry) dinobatkan Best Reserve in Show untuk Show A oleh Johny Haussener. Manakala di Show B, Trek dinobatkan Best in Show dan Hot arnab Netherland Dwarf milik Fong Kok Keong (BBerry Rabbitry) dinobatkan Best Reserve in Show oleh Wade Burkhalter.

Wajah2 Sang Juara
Tahniah buat semua pemenang dan penganjur!!










No comments:

Post a Comment