Wednesday, 4 September 2013

Kehadiran Dutch di Balcony Bunny

Semenjak mengenali breeder Dutch, akhirnya hati ini terpikat dengan keunikannya. Kalau sebelum ini, hanya mendengar dan melihatnya di paparan komputer.. kini ianya telah sampai di Balcony Bunny. Sunnguh bertuah diri ini kerana telah mendapat bantuan daripada breeder Dutch terkemuka US yang juga merupakan ARBA judge, Briony Barnes. Beliau telah memilih trio terbaik daripadanya untuk diri ku. Permulaan yang baik buat diriku.

Sr Doe yg sedang bunting
Jr Doe
Jr Buck
Setelah aku dekati mereka, mereka ada keistimewaannya dalam kelasnya tersendiri. Serba sedikit tentang arnab baka Dutch ingin aku kongsikan di sini :

Arnab Dutch salah satu baka arnab yang amat mudah dikenali berdasarkan corak warnanya. Arnab Dutch pernah menjadi arnab paling popular di antara baka-baka arnab yang ada. Populariti arnab Dutch berkurangan setelah baka arnab kerdil seperti Netherland Dwaft dan Mini Rex mula dibangunkan. Walau bagaimanapun, arnab Dutch masih kekal satu daripada sepuluh teratas baka-baka yang paling popular di seluruh dunia.

Walaupun namanya seakan-akan menunjukkan baka ini berasal daripada Belanda, ia sebenarnya dibangunkan di England. Sekitar tahun 1830-an, arnab telah diimport ke England dari Ostend, Belgium setiap minggu untuk pasaran daging. Di kalangan arnab-arnab ini terdapat satu baka dikenali sebagai Petit Brabançon, ianya berasal Brabant di Flanders. Petit Brabançon mungkin masih boleh ditemui di dalam lukisan dari abad kelima belas. Arnab Dutch mempunyai asal-usul genetiknya dari baka Petit Brabançon. Petit Brabançon mempamerkan tanda-tanda Dutch , dan pembiak baka di England telah memilih dan membangunkan sepertimana yang terdapat pada hari ini seterusnya dikenali sebagai Arnab Dutch.

Mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA), arnab Dutch adalah dikategorikan sebagai arnab kelas medium. Arnab Dutch yang berusia di bawah 6 bulan biasanya mempunyai berat minimum 800 gram, manakala arnab Dutch yang berusia 6 bulan ke atas mempunyai berat di antara 1.6 kg – 2.5 kg dimana berat ideal adalah 2 kg. Arnab Dutch mempunyai badan lengkap yang padat, kepala bulat, pendek, telinga dengan bulu yang pendek, dan bulu pendek yang berkilau.

Hanya satu harapan aku dengan kehadiran Dutch ini, aku harap dapat memperkembangkan baka Dutch purebreed ini di Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi industri arnab hias di Malaysia. Insya-Allah

1 comment:

  1. nak juga ... sebelum ni ade tapi dah mati sebab cirit mmg sedih sangat ... tahu x mane nak dapat baka ni

    ReplyDelete