Tuesday, 17 September 2013

Kelahiran Purebreed Dutch Pertama di Malaysia Gagal!!

Kecewa tidak terhingga!! tapi apakan daya... bukan rezeki ku....

Briony's Black Rose yang tiba di Malaysia dan disahkan bunting telah melahirkan anak pada 13 September lepas. Malangnya, semua anaknya 4 ekor mati kerana kelahiran di luar nestbox tambahan pula pada hari itu hujan lebat.

Aku redha.....





 

Thursday, 12 September 2013

2nd UM ARBA Open All Breed Rabbit Shows 2013

Selesai sudah 2nd UM ARBA Open All Breed Rabbit Shows 2013 yang telah berlangsung pada 7 September lepas. Sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dalam penganjuran ini, aku bangga dan kagum dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh peminat2 dan pemilik2 arnab hiasan di Malaysia ni. Alhamdulillah kali ni seramai 207 ekor penyertaan.

DTL's Monster membuktikan kehebatan apabila dinobatkan juara berganda Best in Show untuk kedua-dua kategori A & B di bawah penjurian Chris Zemny & Scott Rodriguez. Sementara itu, B Berry's Hot telah dinobatkan Best Reserve in Show.

Eugene Fong pemilik Hot & Sally Goh pemilik Monster bersama Chris Zemny
 Apa yang membanggakan adalah DTL's Monster biarpon original from DTL tetapi sudah lama menetap di Malaysia. Cabaran untuk mengekalkan kondisi sesuatu arnab bukanlah satu perkara yang mudah. Bagi mereka yang tak faham akan hal ini, tiada apa yang nak mereka banggakan. B Berry's Hot yang dinobatkan BRIS pula adalah ND kelahiran tempatan. Kecemerlangan Hot telah diperlihatkan pada UM ARBA Show pada penganjuran Jun yang lalu apabila ia telah memenangi Best of Group (Tan Pattern). Kemenangannya kali ini, sekali gus menyaksikan ia adalah arnab pertama kelahiran Malaysia yang akan dianugerahkan Grand Champion setelah berjaya mengumpul 3 legs. Tahniah!!

B Berry's Hot

B Berry's Hot

Aku juga tidak lepaskan peluang menyertai penganjuran kali ini. Hanya satu objektif aku adalah untuk memperkenalkan satu baka baru dalam arena arnab show ini iaitu Dutch.

Aku & Dutch

Azhan RabbitVillageD'Muar tumpang menyibuk

Scott Rodriguez sedang menilai Dutch



Dutch dibawah penilai Chris Zemny


Tahniah kepada semua pemenang & penganjur!!

Wednesday, 4 September 2013

Kehadiran Dutch di Balcony Bunny

Semenjak mengenali breeder Dutch, akhirnya hati ini terpikat dengan keunikannya. Kalau sebelum ini, hanya mendengar dan melihatnya di paparan komputer.. kini ianya telah sampai di Balcony Bunny. Sunnguh bertuah diri ini kerana telah mendapat bantuan daripada breeder Dutch terkemuka US yang juga merupakan ARBA judge, Briony Barnes. Beliau telah memilih trio terbaik daripadanya untuk diri ku. Permulaan yang baik buat diriku.

Sr Doe yg sedang bunting
Jr Doe
Jr Buck
Setelah aku dekati mereka, mereka ada keistimewaannya dalam kelasnya tersendiri. Serba sedikit tentang arnab baka Dutch ingin aku kongsikan di sini :

Arnab Dutch salah satu baka arnab yang amat mudah dikenali berdasarkan corak warnanya. Arnab Dutch pernah menjadi arnab paling popular di antara baka-baka arnab yang ada. Populariti arnab Dutch berkurangan setelah baka arnab kerdil seperti Netherland Dwaft dan Mini Rex mula dibangunkan. Walau bagaimanapun, arnab Dutch masih kekal satu daripada sepuluh teratas baka-baka yang paling popular di seluruh dunia.

Walaupun namanya seakan-akan menunjukkan baka ini berasal daripada Belanda, ia sebenarnya dibangunkan di England. Sekitar tahun 1830-an, arnab telah diimport ke England dari Ostend, Belgium setiap minggu untuk pasaran daging. Di kalangan arnab-arnab ini terdapat satu baka dikenali sebagai Petit Brabançon, ianya berasal Brabant di Flanders. Petit Brabançon mungkin masih boleh ditemui di dalam lukisan dari abad kelima belas. Arnab Dutch mempunyai asal-usul genetiknya dari baka Petit Brabançon. Petit Brabançon mempamerkan tanda-tanda Dutch , dan pembiak baka di England telah memilih dan membangunkan sepertimana yang terdapat pada hari ini seterusnya dikenali sebagai Arnab Dutch.

Mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA), arnab Dutch adalah dikategorikan sebagai arnab kelas medium. Arnab Dutch yang berusia di bawah 6 bulan biasanya mempunyai berat minimum 800 gram, manakala arnab Dutch yang berusia 6 bulan ke atas mempunyai berat di antara 1.6 kg – 2.5 kg dimana berat ideal adalah 2 kg. Arnab Dutch mempunyai badan lengkap yang padat, kepala bulat, pendek, telinga dengan bulu yang pendek, dan bulu pendek yang berkilau.

Hanya satu harapan aku dengan kehadiran Dutch ini, aku harap dapat memperkembangkan baka Dutch purebreed ini di Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi industri arnab hias di Malaysia. Insya-Allah

Perjalanan yang Penuh Pembelajaran

Peluang yang ada di dalam kesempatan selepas ARBA Show Jun tempoh hari, membawa tetamu ARBA Judge, Briony Barnes dan tetamu dari seberang Ibu Arie Wardhani melawat tempat2 menarik di Malaysia. Sepanjang percutian kami, banyak ilmu-ilmu perihal arnab yang dapat dipelajari daripada mereka.
 
  
Briony Barnes
Juri ARBA, Whicita USA.
Berpengalaman dalam bidang penternakan arnab hiasan selama hampir 22 tahun. Beliau bermula pada tahun 1991 dengan membiak arnab dari baka Dutch. Pada tahun 2007 telah mula membiakan arnab dari baka Mini Rex selain baka-baka lain seperti English Spot, Lilacs, Satin dan Mini Satin. Pada tahun 2000, telah ditauliahkan sebagai juri oleh American Rabbit Breeders Association, Inc. (ARBA). Selama bergelar juri ARBA telah mengadili ARBA Conventions Show sebanyak 8 kali dan aktif mengadili pertandingan arnab hias di United State, Canada dan Japan.



Perjalanan kami ke Penang dan Cameron Highland

Kedatangan disambut oleh breeder Penang, Didi Hashim
Pekena pulak Nasi Kandaq di sebelah Malam
Mencuba semua bagai

Cameron Highland Kami Jelajahi
Menikmati Strawberry & Teh Segar

Tercicir Ditinggalkan oleh Masa

Fuuuuu... hampir 3 bulan dah berlalu.. aku lemah dan lemas ditinggalkan oleh mu masa. Jun hingga Ogos terlalu banya peristiwa yang telah berlaku. Kesempatan ni nak recall kurang lebih.... let jom!!

Jun 2013
Siapa sangka siapa duga, setelah terdaftarnya Persatuan Pencinta Arnab Selangor secara rasmi pada 21 Mar 2013 kami mula bergiat aktif di dalam usaha memartabatkan hobi pemeliharaan arnab ini. Bangga jugak lah dengan usaha diri dan kawan2 breeder yang lain, perancangan menganjurkan ARBA Show terlaksana pada 1 & 2 Jun yang lalu. Lanjutnya boleh ikuti posting di laman rasmi PECINTA.

Laporan ARBA Show DI SINI

Ogos 2013
Kelahiran putera ku menambahkan keindahan rumahtangga ku.. Alhamdulillah syukur dengan kurniaan Mu Ya Allah... Dilahirkan pada 28 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 2013. Aku namakan beliau Muhammad Ramdhani Amsyar.