Showing posts with label Custom made cage. Show all posts
Showing posts with label Custom made cage. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

SmartCage 2.0

Satu lagi SmartCage berjaya di pasang. Kali ni tempahan drp En. Zaifull Selayang yg turut meng'order' sama sepasang arnab Mini Rex dihadiahkan kepada anak lelaki nya sempena hari lahir. 

Black Otter
Oren

Aku rekemen kan yg 1 level yg mempunyai 2 lot cage untuk mereka yang tiada hasrat untuk biak kan... 


Tambahan accessory Stepboard dan Pee Guard menjadikan SmartCage ini kelihatan mewah. Stepboard sememangnya disarankan untuk arnab baka Mini Rex sebagai pencegahan kepada sorehock. Mini Rex amat mudah terkena sorehock iaitu kecederaan pada tapak kakinye ekoran jaring sangkar.



Sepasang Mini Rex


 

Sunday, 13 May 2012

EzyRoller

Minggu lepas, aku ringankan tangan membuat satu lagi inovasi yang isteriku bagikan nama "EzyRoller". Ilham yang aku dapat selepas memerhatikan tapak tempat letak tong gas kat umah tu....

Jom tengok...

EzyRoller


Wednesday, 18 April 2012

Inovasi Terbaru - SmartCage 4.0

Alhamdulillah... 18 April 2012 setelah 2-3 bulan aku mencari jalan dan cara terbaik, buat masa ni aku berjaya menyiapkan seunit yg aku namakan SmartCage 4.0. Cage dengan sistem lapik dan saluran najis mudah urus. 1st unit ini aku buatkan untuk tempahan Sek. Keb Yacoob Latif Kuala Lumpur untuk projek Pendidikan Khas mereka. Aku harap dgn penghasilan ini akan dapat membantu peminat-peminat arnab untuk mempermudahkan pengurusan haiwan kesayangan.

Ramai orang terkejut bila aku katakan aku ada bela banyak arnab walaupon tinggal di rumah apartment tingkat 3. Sebenarnya tiada apa-apa halangan pon untuk membela dimana jua anda berada. Hasil daripada menghadapi masalah harian di dalam pengurusan arnab-arnab itu lah idea2 seperti Pee Guard dan SmartCage ini terhasil.

Ape yang lebihnya SmartCage ni???

1. Struktur aluminium sepenuhnya yang pastinya TIDAK BERKARAT
2. Lapik condong dengan saluran memudahkan urusan pembersihan
3. Air kencing arnab dapat dialirkan terus ke kumbahan seterusnya mengelakan drp bertakung bersama najis arnab
4. Mengurangkan tahap bau reban arnab pada tahap yg paling minima
5. Reban bersih, arnab sihat dan seterusnya tuan arnab gumbiraaaa... :)
6. Penjimatan ruang, ini penting bagi orang spt aku yg membela renab di ruangan yg terhad

Jika ada yang berminat untuk dapatkannya bolehlah menghubungi aku.

Jom kita ushar skit itu SmartCage 4.0.
Lakaran Awal dgn bantuan Rizal Aminuddin

Hadapan
Lapik drp bahan Polycarbonate
Saluran PVC petak 4'' x 2''
Atas
Sistem Lapik & Saluran